Veteran tentera rayu elaun sara hidup bagi pesara
tidak berpencen
| February 5, 2017
Lebih 200,000 ahli Persatuan Ventera
ATM berdepan masalah kos sara hidup termasuk tidak memiliki rumah sendiri
BESUT: Persatuan Veteran Angkatan
Tentera Malaysia (PVATM) merayu agar kerajaan mempertimbangkan permohonan
penyediaan skim elaun sara hidup secara automatik kepada anggotanya apabila
mencapai usia 60 tahun.
Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd
Nor berkata skim yang dicadangkan itu akan dikhaskan kepada anggota persatuan
yang tidak berpencen dengan elaun RM500 sebulan.
Katanya, ini berikutan lebih 200,000
ahli yang memohon bersara sebelum memasuki skim berpencen kini berdepan masalah
kos sara hidup termasuk tidak memiliki rumah sendiri.
“Kebanyakan bekas tentera yang memilih bersara
awal pada usia 30-an terpaksa mencari pekerjaan sendiri dan dikategorikan
sebagai golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
“PVATM menyarankan kepada anggota
yang sedang berkhidmat sekarang supaya mencukupkan tempoh 21 tahun berkhidmat
mereka agar layak masuk ke skim berpencen atau kaedah diwujudkan supaya setiap
anggota ATM dapat mencukupkan tempoh perkhidmatan untuk membolehkan mereka
bersara dengan mendapat ganjaran pencen,” katanya kepada media selepas
menyampaikan sumbangan kepada ahli persatuan yang kurang upaya Wan A Razak Wan
Jusoh, 59, di Kampung Renek, di sini, semalam.
Mohd Anwar berharap agar kerajaan
negeri turut sama menimbang menyediakan kawasan tapak perumahan untuk dibina
oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi anggotanya.
“Ini sebagai penghargaan dan
pengiktirafan kerajaan kepada anggota ATM termasuk melihat semula jumlah pencen
yang dinikmati bekas anggota ATM yang tamat perkhidmatan sebelum tahun 1994
yang begitu ketara perbezaannya,” katanya.
Comments
Another 200,000 votes BN-UMNO going to lose and counting and counting
Comments
Another 200,000 votes BN-UMNO going to lose and counting and counting
No comments:
Post a Comment