Pages

Saturday, 20 May 2017

Sorry this is Malay the language of Malaysia with endless possibilities and why they rejected a good deal from Brittan for independence of Malaya




*KETAJAMAN PEMIKIRAN MAHATHIR LUAR BIASA.*


PADA usia 18 tahun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merupakan orang pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star dapat menghidu rancangan British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan sepenuhnya dengan menubuhkan Malayan Union.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Dr. Mohamad Zahir Ismail yang merupakan rakan karib Dr. Mahathir semasa di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star memberitahu, Dr. Mahathir dapat menghidu rancangan British itu apabila ura-ura untuk menubuhkan Malayan Union disiarkan oleh akhbar Straits Times pada tahun 1945.

``Dr. Mahathir merupakan orang pertama yang dapat mencium rancangan British dan dia juga yang menggerakkan rakan-rakannya di kolej untuk membantah rancangan penubuhan Malayan Union.

``Dr. Mahathir yang bersemangat tinggi dan berkobar-kobar telah mengumpulkan rakan-rakannya termasuk saya untuk menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah dan Kesatuan Pemuda Melayu Kedah bagi menentang Malayan Union,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.


Malayan Union
The Malayan Union was a union of the Malay states and the Straits Settlements of Penang and Malacca. It was the successor to British Malaya and was conceived to unify the Malay Peninsula under a single government to simplify administration. Wikipedia
Founded: 1946
Area: 51,106 mi²
Date dissolved: 1948


Mohamad Zahir menjadi rakan karib Dr. Mahathir selepas Perang Dunia Kedua apabila menyambung semula pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid di Darjah 9 pada tahun 1945.

``Ketika mula-mula masuk Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1936, kami tidak berapa rapat kerana kedua-dua di kelas berlainan di samping saya tinggal di asrama manakala Dr. Mahathir berulang alik dari rumah ke sekolah,'' katanya.

Kedua-dua pertubuhan itu mengadakan bantahan dengan menampal poster-poster di seluruh Kedah, keluar memberi penerangan ke kampung-kampung dan menulis surat-surat bantahan.

Opposition, dissolution of the Malayan Union and the creation of the Federation of Malaya


Protest against the Malayan Union by the Malays.


The Malays generally opposed the creation of the Union. The opposition was due to the methods Sir Harold MacMichael used to acquire the Sultans' approval, the reduction of the Sultans' powers, and easy granting of citizenship to immigrants. The United Malays National Organisation or UMNO, a Malay political association formed by Dato' Onn bin Ja'afar on 1 March 1946, led the opposition against the Malayan Union. Malays also wore white bands around their heads, signifying their mourning for the loss of the Sultans' political rights.

Some ex-Malayan government officials, including Sir Frank Swettenham, criticised the way these constitutional reforms were brought about in Malaya, even saying that it went against the principles of the Atlantic Charter. They also encouraged Malay opposition to the Malayan Union.

After the inauguration of the Malayan Union, the Malays, under UMNO continued opposing the Malayan Union. They utilised civil disobedience as a means of protest by refusing to attend the installation ceremonies of the British governors. They had also refused to participate in the meetings of the Advisory Councils, hence Malay participation in the government bureaucracy and the political process had totally stopped. The British had recognised this problem and took measures to consider the opinions of the major races in Malaya before making amendments to the constitution. The Malayan Union was dissolved and replaced by the Federation of Malaya on 1 February 1948.
Coat of arms

Flag
Malayan Union
ملايان اونياون
British colony
1946–1948





CapitalKuala Lumpur
LanguagesMalay
English
Political structureColony
GovernorEdward Gent
Historical eraDecolonisation
 • Established1 April 1946
 • Disestablished31 January 1948
Area
 • 1948132,364 km² (51,106 sq mi)
CurrencyMalayan dollar



Evolution of Malaysia

Kemuncak bantahan kedua-dua persatuan itu ialah Dr. Mahathir mengetuai satu perarakan raksasa di Alor Star di mana lebih 50,000 mengambil bahagian menentang Malayan Union.

Pada masa itu ramai pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid terlibat dalam gerakan bantahan itu tetapi yang paling aktif ialah 10 orang termasuk Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir memainkan peranan penting dengan memberi pendapat yang bernas, memikirkan slogan-slogan dan gerak kerja.

Kebanyakannya dibuat di rumah keluarganya di Seberang Perak dan bapanya yang dikenali sebagai Pak Mat mengetahui dan bersimpati serta memberi sokongan kepada bantahan itu,'' cerita Mohamad Zahir lagi.

Memandangkan pada masa itu tidak banyak pelajar yang mampu untuk berucap di khalayak ramai, Dr. Mahathir merupakan pilihan utama untuk memberikan ucapan dan penerangan.

Dr. Mahathir juga katanya, memang seorang penceramah yang baik dan ucapan-ucapan yang disampaikan mendapat sambutan dan tepukan gemuruh daripada orang ramai.

Tambahnya, gerakan yang dipelopori oleh Dr. Mahathir berjaya kerana ia menjadi pemangkin kepada pergerakan-pergerakan lebih besar sehinggalah wujudnya UMNO.

Setelah UMNO ditubuhkan kedua-dua pertubuhan itu bergabung di dalam parti politik orang Melayu tersebut dan kemudian dibubarkan apabila UMNO menerima keahlian terus.

Dr. Mahathir dan rakan-rakannya juga bekerja keras di dalam UMNO Kedah dan sering menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Prai dan Alor Star.

Setelah melihat UMNO semakin kuat, Dr. Mahathir melanjutkan pelajaran di Singapura dalam bidang perubatan setelah mendapat biasiswa kerana mencapai keputusan yang cemerlang dalam Cambridge School Certificate (GSC).

``Manakala saya bekerja sementara kerana tidak mendapat biasiswa tetapi selepas itu berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di England,'' katanya.

Menurut Mohamad Zahir beliau dan Dr. Mahathir kembali ke tanah air hampir waktu yang sama kerana beliau menamatkan pelajaran dalam tempoh 2 1/2 tahun manakala Dr. Mahathir terpaksa menghabiskan enam tahun di kolej perubatan.

``Sekembali ke tanah air saya menjadi peguam manakala Dr. Mahathir menjadi pegawai perubatan di Alor Star sebelum dipindahkan ke Langkawi kerana sering melawan ketua.

``Di sanalah beliau telah menyimpan jambang, tetapi kerana beliau seorang yang berkulit putih, Dr. Mahathir nampak kacak dan tidak lama kemudian dipindahkan semula ke Alor Star,'' katanya.

Semasa di Alor Star, Dr. Mahathir mungkin melihat Mohamad Zahir bekerja dengan bebas sebagai seorang peguam persendirian, lalu beliau telah memutuskan untuk berhenti dan membuka klinik sendiri iaitu Klinik Maha. Namun Dr. Mahathir dan beliau terus aktif dalam UMNO Kedah.

``Dr. Mahathir amat aktif dalam UMNO Kedah sehingga pemecatannya dalam parti tetapi semasa di luar parti pun beliau terus menyokong UMNO,'' katanya.

Mohamad Zahir memberitahu, beliau melihat Dr. Mahathir sebagai seorang yang berdisiplin dan tidak pernah sekali melihat Perdana Menteri itu sama ada dari zaman sekolah sehinggalah menjadi pemimpin ulung negara ini, lewat dalam menghadiri mesyuarat.

``Bagi Dr. Mahathir untuk bangun pagi dan datang tepat pada waktunya adalah terlalu mudah, seolah-olah tidak ada apa yang dapat menjejaskan atau memberi kesan kepada tenaganya,'' katanya.

Mohamad Zahir berkata, beliau agak cemburu dengan keupayaan Dr. Mahathir kerana mempunyai pemikiran yang tajam dan ia merupakan satu kebolehan yang luar biasa serta mampu menguasai sesuatu bidang dengan cepat.

``Beliau juga seorang yang berfikiran jauh, setiap apa yang dirancangnya berjaya dan ini telah terbukti dengan berjayanya Projek Kereta Nasional serta beberapa projek lain.

``Peninggalan Dr. Mahathir yang sangat dibanggakan ialah kedamaian dan keharmonian antara pelbagai kaum dalam negara,'' kata beliau.

Mohamad Zahir bangga, rakyat boleh hidup dalam tenteram dalam rukun damai.

Katanya, satu perkara yang amat dititik berat oleh Dr. Mahathir ialah kena bekerja dan belajar dengan bersungguh-sungguh jika hendak menjadi sebuah negara maju.

No comments:

Traitors in the midst of Pakatan Harapan and mostly in DAP

Traitors in Pakatan Harapan , yes many are and do not realize they will be the ones because they are already been compromised during to the...

Popular Post